Kamis, 26 Desember 2013

Zauj..


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Duhai Calon Imamku yang Tertulis Di Lauhul Mahfudz yg masih menjadi Rahsia Ilahi...Aku akan berusaha mencintaimu dalam setiap sujud gelap malamku,dalam setiap tasbih cintaku..Aku akan berusaha mencintaimu dalam diamku,tanpa merusak Izzah dan Marwah diriku...jagalah aku bila engkau benar mencintaiku kerana Allah..Kerana cinta tidak akan saling merusak tapi saling menjaga...Cintailah aku tanpa harus mengurangi rasa cintamu pada Sang Khalik,bila saatnya nanti...ku tunggu engkau dalam gerbang ke-halalan yang akan kita bina bersama & menjalani hidup dalam meraih redha-Nya..Sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku menjaga cinta yang kita bina kerana Allah ... :)

Assalamualaikum wbt,
Bakal Zauj ku,
Sebelum Engkau menjadi yang halal buat ku…
Izinkan aku menyampaikan amanat ini…

Janganlah meletakkan kerinduan mu pada ku melebih kerinduan mu pada Penciptamu,
Janganlah membiarkan dirimu hanyut dengan lamunan mu yang indah, tetapi hanyutkanlah jiwamu dengan Ayat-ayat Cinta dariNya,
Janganlah engkau menelefon ku sekiranya tiada yang mustahak,
Kerana aku menyimpan suara ku ini hanya utk mu setelah akad,
Janganlah menghubungiku melalui SMS dan email yg akan memenuhi inbox ku,
Usah ditanya ttg perkhabaran daku, kerna aku tidak memerlukan 'concern' mu lagi pada waktu ini,
Simpanlah dia bilamana diriku sudah menjadi yang halal utk mu,
Biarkan aku sakit, kerna aku yakin itu adalah
kaffarah dosa-dosa ku yang terlalaikan akan perintah Khaliq ku.
Usah dikejutkan aku pada waktu Tahajjud, tetapi,
kejutkanlah diri mu sendiri demi mengharapkan keredhaan Allah,
InsyaAllah, jika kamu beristiqamah dengan Tahajjud & Qiam,
Allah akan anugerahkan kamu dgn zaujah yang juga seperti mu.
Usah dirisau & bimbang andainya daku tidak bangun berTahajjud,
tetapi risaulah bilamana diriku setelah menjadi milikmu,
tetapi tidak pula mendirikan Qiam itu…
InsyaAllah, diriku juga berusaha beristiqamah bukan utk kamu, tetapi utk Kekasih abadiku.

Usah disuruh aku membaca Al-Quran kerna
aku khuatir yg aku lakukan nanti itu bukan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Usah dibimbanginya…
kerna hati pemberian Allah ini adalah hati yang mudah lunak
& mencintai ayat-ayatNya…
InsyaAllah, selagi Allah tidak memesongkan hatiku,
aku masih berpegang teguh dengan tali Allah.
Namun, berdoalah selalu agar bakal zaujah mu ini
menjadi zaujah yg solehah dan taat akan perintah Allah.
Untuk itu, selagi mana engkau belum menjadi yg halal buatku,
buatlah perkara-perkara yg halal yg dapat menambah ketaqwaan kamu kepada Allah.
Jadilah Mujahidin yg sebenar! Perbetulkan niat mu, jelaskan halatuju mu… aku pasti kamu akan mengejarnya melebihi dari apa kenikmatan didunia ini. Sesungguhnya, Mati itu benar!
Syurga dan Neraka itu benar! Perdengarkan firman-firmanNya dlm jiwa mu, insyaAllah, kamu akan sentiasa berada dalam landasan yang benar untuk duniawi & ukhrawi. Amin…

Sepucuk Surat Untuk Calon Imam.


*بسم الله الرحمن الر حيم.


Andai engkau mengerti ,andai engkau pahamin jika sesungguhnya itulah sebuah harapan hati untuk seorang imam ku..

"Ya Allah.. izinkan aku jatuh cinta lagi pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Karena hatiku cuma satu,hanya kepada dia yang halal buatku."

Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.
Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.

Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan saja didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya. Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di Syurga Illahi.

Itu yang lebih manis, lebih indah dari janji dan kata-kata 'manis' seseorang lelaki. Ahh itu terlalu basi, sudah lali, jangan diulang kata manismu duhai lelaki tanpa membuktikan dikau benar-benar layak untuk seorang wanita.

Bukan sombong, bukan berharap, tetapi inilah wanita inginkan. Mereka mauu bahagia, tidak hanya di dunia kerana itu bukan yang abadi tetapi di akhirat. Mereka ingin selamat, tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat kelak, di hadapan Allah kelak, saat dimana hanya amal yang menjadi titik penentu.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"
(Surah Ar-Rum ayat 21)

Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu, mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.

Demikianlah juga wanita itu seperti digambarkan oleh Rasulullah SAW ibarat tulang rusuk . Lembutnya perlukan pengawasan dan sifat berhati-hati dalam meluruskannya. Jika terlebih keras, dia akan patah. Jika dibiarkan, maka dia tetap akan bengkok.

"Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita"
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik, bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin Allah ridhoi dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah merestui dengan hubungan ini.

Andai dia yang menjadi pasangan mereka mempunyai kriteria yang Allah ridhoi, apakah kamu fikir wanita juga tidak akan berusaha menjadi wanita yang solehah dan sesuai untuk pasangannya? Pasti! Kerana mereka tahu Allah sayang dengan mereka, mereka pasti berusaha menjadi isteri yang selayaknya. InsyaAllah.

Duhai dia yang diciptakan untuk kaum Hawa, berubahlah...kerana cinta kami mahal, hanya untuk mereka yang halal dan yang selayaknya. Jika benar hatimu untuk kami, usah bermain kata. Bersifatlah sematangnya... temuilah wali kami sebagai buktinya!!

Aku akan berusaha

Aku akan terus berusaha :')

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Aku bukan dia.
Aku tak sesolehah dia.
Aku akui aku tidak sempurna.
Seringkali aku lalai dalam perihal agama.
Aku bukan seorang hafizah.
Aku tahu aku ada banyak kekurangan.

Tetapi, itulah aku.

Aku akan berusaha sedaya upaya supaya dapat menjadi seorang muslimah yang solehah.

Uhibbukum Fillah " Sahabat yang Baik "


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut perbendaan, kecenderungan maupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.

Secara umumnya, kita melihat orang yang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga sebaliknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan tukang minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Tukang minyak wangi, sama ada ia memberi kamu sebagian ataupun kamu membeli bau-bauan dari padanya,
ataupun setidak-tidaknya kamu mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju kamu terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Sifat Sahabat yang Mulia

1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.

Seseorang yang disenangi, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.

2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada.

Tidak menderitakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” (Riwayat Ibn Majah)

3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.

Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.

4. Menyebut kebaikan.

Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.

5. Mudah mengalah.

Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.

6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat.

Bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati.

Sifat Sahabat yang Perlu Dijauhi

1. Mementingkan diri sendiri.

Dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi. Mementingkan diri sendiri yang Pelit dalam setiap perkara. Keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak kepada kemewahan dan harta dunia.

2. Pengampu.

Setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju, tida kira sama ada perkara itu betul ataupun salah. Apabila di hadapan, dia memuji kita namun di belakang kita, dia merendahkan dan mungkin mengkhianati kita.

3. Pemboros dan suka hiburan.

Apabila seronoknya datang, dia menjadi kawan yang setia. Dia senang menjadi sahabat jika kita suka berhibur, berkeliaran dan “melepak” pada bila-bila masa, serta suka ke tempat-tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan.

4. Membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.

Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain serta mendekati jalan-jalan kemungkaran.

Hidupnya penuh dengan ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.

5. Suka berbantah-bantah.

Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.

Berhati-hatilah memilih sahabat kerana ia menjadi cermin keperibadian kita. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari reda-Nya.

Hayatilah Firman Allah ini :

“Pada hari itu (hari akhirat), sahabat-sahabat karib; sebahagian mereka akan menjadi musuh kepada sebahagiaan yang lain, kecuali orang yang bertaqwa.” (Surah al-Zukhruf : 67)

Rabu, 25 Desember 2013

Sahabat Pena

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Secarik tulisan mungkin hanya jadi kenangan namun Secarik tulisan bisa memberikan ilmu dan kemanfaatan bagi oranglain yang membaca.

Berikanlah tulisan atau Status Fb or Media Sosial untuk berbagi ilmu ,pengingat, motivasi, dan Ikatan Ukhuwah

~* Ikat ilmu dengan menulis.

Tebar inspirasi lewat goresan pena. Jadikan kertas
sebagai tempat paling setia dan pendengar terbaik untuk
mencurahkan semua yang memenuhi relung jiwa.
Ekspresikan irama hati dan semai buah fikiran dengan mengabadikannya lewat karya-karya yang melegenda.

ukhty fillah
Pribadimu adalah orang lain yang menilai, bukan gelar
yang kau sandang atau kekayaan yang kau dapat. Juga bukan karena kecantikan yang di anugerahkan
Tuhan kepadamu.... Santunkan ucapanmu, pelankan suaramu dan muliakan
dirimu. Kelak engkau akan mengerti betapa mulianya dirimu bagi
keluarga dan sahabatmu atas kesantunan yang kau
tunjukkan. Bukan karna derajat dan pangkat yang tersemat. '' Cantix Muslimah krn akhlak & perilaku yg mulia "

Senin, 23 Desember 2013

ADAKAH PERINGATAN HARI IBU'?

•Islam Tidak Kenal Hari Ibu 22 Desember•

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Ath Thorifi hafizhohullah berkata,

“Perayaan hari Ibu adalah perayaan dari barat. Mereka orang-orang kafir di sana punya perayaan hari ibu, juga ada peringatan hari anak. Kita -selaku umat Islam- tidak butuh pada peringatan hari Ibu karena Allah Ta’ala sudah memerintahkan kita untuk berbakti pada ibu kita dengan perintah yang mulia. Begitu pula Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya, siapakah yang lebih berhak bagi kita untuk berbakti. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, ibumu, ibumu, ibumu lalu bapakmu. …

Intinya, kita selaku umat Islam tidaklah butuh pada peringatan hari ibu. Karena kita diperintahkan berbakti pada ibu setiap saat, tidak perlu bakti tersebut ditunjukkan dengan peringatan dan semisal itu. Intinya, peringatan tersebut tidaklah dituntunkan dalam Islam dan seorang muslim sudah sepantasnya tidak memperingatinya.”
(Youtube: Al Ihtifal bi ‘Iedil Umm)

Jangan bersikap Latah yang selalu ngekor beo peringatan orang barat. Cukup bagi kita ikuti tuntunan Rasul saja.

Selengkapnya di Rumaysho.Com:
http://rumaysho.com/jalan-kebenaran/peringatan-hari-ibu-bagi-muslim-5469

Hanya Allah yang memberi taufik.

 Ditulis oleh Ustadz Muhammad Abduh Tuasikal حفظه الله تعالى

ℳenebαr Dαkwɑ̈н II  ̈́ ͂ ͂

Semoga Manfaat..

بَارَكَ اللَّهُ فِيْكُمْ

┈┈»̶·̵̭̌✽✽·̵̭̌«̶┈┈